Saturday, May 30, 2009

Nafsu...Kalah Menang Di Tangan Anda!



Malam ini cuaca sangat panas..sambil aku kipas- kipaskan badanku yang kepanasan ini, tiba-tiba timbul satu persoalan di dalam hatiku. Apakah kemenangan dan kekalahan terbesar bagi seseorang yang bergelar insan? Kemenangan dan kekalahan yang tidak dapat di lihat dengar kaca mata…tapi hanya dapat dilihat dengan kaca hati. Pada pandangan aku, kemenangan terbesar bagi seorang ialah apabila seseorang itu berjaya mengalahkan hawa nafsunya sendiri dan sebaliknya kekalahan tersebesar baginya jika ia kalah pada nafsu sendiri.

Kita juga sering dengar kata- kata hikmat seperti berikut “Musuh utama manusia ialah nafsu diri. Barang siapa mampu menewaskan nafsu diri, dialah pahlawan ulung yang tiada tandingannya.”

Setiap orang mempunyai nafsu. Nafsu, sering membawa kepada penderitaan jika kita kalah kepadanya. Begitulah sebaliknya jika kita menang kepada nafsu kita sendiri, kita akan rasa gembira dan syaitan pun boleh sujud dekat kita. Jadi, tidaklah hairanlah jika kita sering dengar cerita tentang pergaduhan, perceraian, curang, dan sebagainya. Kawanku ada menceritakan padaku..seorang suami sanggup melukakan hati isterinya kerana hawa nafsu, perasaan kecil hati isteri terhadap suaminya juga berpunca daripada hawa nafsu. Begitu juga seseorang gadis yang mencintai suami atau kekasih orang lain juga disebabkan hawa nafsu. Jadi, sesimpulannya, tidak seorang pun boleh lari dari hawa nafsu.

Sanggupkah anda membiarkan hawa nafsu menguasai diri? Andainya, anda sedar, hawa nafsu sudah menguasai diri, bagaimana anda megalahkannya? Aku, percaya setiap orang ada cara tersendiri untuk mengalahkan hawa nafsu. Bagi aku, sudah lama aku kalahkan hawa nafsu..kini aku rasa tenang dan gembira..harap anda juga begitu..

2 comments:

Kublai Khan said...

Asal bercinta saja mesti naik nafsu? Hebat sungguh!. Mesti kah setiap manusia yang bercinta itu berdasarkan nafsu semata mata? Kolot sungguh pemikiran ini.

butterfly said...

Tidak salahnya, pandangan Kublai Khan itu, tapi nafsu di sini maksudnya luas, ia bergantung kepada seseorang individu itu, samaada ia lihat dari aspek mana, nafsu jahat adalah nafsu yang membuatkan seseorang itu pesong dari petunjuk yang maha berkuasa dan membuatkan seseorang itu hilang hidayah..tidak kira dalam bercinta atau hal-hal lain..tq kerana singgah kat blog ini untuk beri komen..